Sunday, November 18, 2012

Flash Nissin Di622 Mark II

Den baru sahaja membeli sebuah flah. Maklumlah sebelum ni asyik mengeluh sahaja gambar yang di ambil didalam dewan gelap. Bila zoom habis pada 55mm kits lens guna built in flash gambar tetap gelap. Jadi mulalah berfikir nak beli flash. Alhamdulillah kini dah pun memiliki flash nissin di622 mark ii. Walaupun ada beberapa kelemahan tetapi boleh di maafkan buat saya yang mengambil gambar secara bermusim yang semuanya untuk kegunaan sendiri terutamanya pergi berjalan-jalan di tempat yang baharu. Antara kebaikan flash ni
1) Butang-butang yang di paparkan mudah di fahami
2)Mempunyai GN yang lebih tinggi berbanding sb700
3)Boleh dibuat slave
4)ITTL (kawalan kuasa flash automatik dikawal oleh kamera)

Keburukan
1) Tidak mempunyai high speed scene
2) Tumpuan cahaya flash tidak boleh dilaraskan
3) Kadar ulangan mengecas capasitor yang agak lambat
4)Tiada paparan digital
5)Kelajuan pengatup hanya selaju 1/200 saat sahaja paling pantas
Ini adalah diantara yang den terfikir tentang kebaikan dan keburukan flash ni apa pun memang cepat kita memahami bagaimana untuk menggunakan flash ni cuba rujuk youtube di bawah.


Bagi yang nak advanced sikit rujuk video yang ini pula




Selamat membuat rujukan bagi yang berminat untuk membeli flash dan yang baru nak mengunakan flash. Jika ada kelapangan saya akan upload gambar yang gunakan teknik bounce dan fill in flash.

Sunday, February 5, 2012

Bertugas Di Tempat Baru

Alhamdulillah segala urusan perpindahan berjalan lancar. Sudah pun melapor diri di tempat kerja yang baru. Dari semenanjung berpindah ke Sabah. Di tempat baru suasana pun baru tak perlulah di buat perbandingan kerana sudah pasti ada pro dan kontranya. Yang baik saya ambil. yang buruk kalau yang boleh ikut, ikut saja :) mana yang boleh. Gurau-gurau saja. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa bulan mei baru saya balik semenanjung menjenguk keluarga