Sunday, November 18, 2012

Flash Nissin Di622 Mark II

Den baru sahaja membeli sebuah flah. Maklumlah sebelum ni asyik mengeluh sahaja gambar yang di ambil didalam dewan gelap. Bila zoom habis pada 55mm kits lens guna built in flash gambar tetap gelap. Jadi mulalah berfikir nak beli flash. Alhamdulillah kini dah pun memiliki flash nissin di622 mark ii. Walaupun ada beberapa kelemahan tetapi boleh di maafkan buat saya yang mengambil gambar secara bermusim yang semuanya untuk kegunaan sendiri terutamanya pergi berjalan-jalan di tempat yang baharu. Antara kebaikan flash ni
1) Butang-butang yang di paparkan mudah di fahami
2)Mempunyai GN yang lebih tinggi berbanding sb700
3)Boleh dibuat slave
4)ITTL (kawalan kuasa flash automatik dikawal oleh kamera)

Keburukan
1) Tidak mempunyai high speed scene
2) Tumpuan cahaya flash tidak boleh dilaraskan
3) Kadar ulangan mengecas capasitor yang agak lambat
4)Tiada paparan digital
5)Kelajuan pengatup hanya selaju 1/200 saat sahaja paling pantas
Ini adalah diantara yang den terfikir tentang kebaikan dan keburukan flash ni apa pun memang cepat kita memahami bagaimana untuk menggunakan flash ni cuba rujuk youtube di bawah.


Bagi yang nak advanced sikit rujuk video yang ini pula




Selamat membuat rujukan bagi yang berminat untuk membeli flash dan yang baru nak mengunakan flash. Jika ada kelapangan saya akan upload gambar yang gunakan teknik bounce dan fill in flash.

Sunday, February 5, 2012

Bertugas Di Tempat Baru

Alhamdulillah segala urusan perpindahan berjalan lancar. Sudah pun melapor diri di tempat kerja yang baru. Dari semenanjung berpindah ke Sabah. Di tempat baru suasana pun baru tak perlulah di buat perbandingan kerana sudah pasti ada pro dan kontranya. Yang baik saya ambil. yang buruk kalau yang boleh ikut, ikut saja :) mana yang boleh. Gurau-gurau saja. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa bulan mei baru saya balik semenanjung menjenguk keluarga

Sunday, July 31, 2011

Hard disk tersembunyi / hilang

Pernahkan anda mengalami keadaan dimana hardisk anda 'hilang'.? Walaupun hilang tetapi keadaan komputer berfungsi seperti biasa.Perkara ini bukanlah disebabkan anda menggunakan software tertentu untuk meng'hilang'kan hardisk tersebut. Kebiasaan yang akan hilang adalah yang berlabel 'C'.


Aku tidak pernah mengalami situasi ini, tetapi pernah kawan aku ada masalah ini. Dan masalah ini adalah disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang sistem komputer. Ketika membuka laman PTM kat tempat aku ni, jumpa la penyelesaian ini, jadi dan aku ambil je dari situ.(Malas pula aku nak search kat tempat lain.:)

Dan dinyatakan juga trick ini hanya untuk pengguna XP, yang lain aku pun tidak tahu berfungsi atau tidak.

1. Klik pada Start > Run

2. Selepas itu copy dan paste 'arahan' di bawah, kemudian klik OK
Hard Disk Hilang / Tersembunyi

REG DELETE HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer /v NoDrives /f



3. Juga arahan ini, (Ulang langkah 2)

REG DELETE HKLM\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer /v NoDrives /f



4. Selesai.:)

Friday, July 29, 2011

Kegunaan kekunci window

Tahukah anda sebenarnya terdapat arahan cepat yang boleh anda lakukan dengan kekunci windows, seperti pada arahan copy yang biasanya menggunakan kombinasi kekunci "Ctrl" dan "c". kekunci windows adalah kekunci pada keyboard yang ada logo windows, biasanya terletak di samping kekunci Alt. Dengan kombinasi kekunci windows ini anda akan dapat melakukan berbagai perintah cepat seperti membuka windows explorer, search dengan cepat. Berikut kombinasi-kombinasi tombol windows :

  1. Windows Key : Membuka Start Menu.
  2. Windows Key+D :Melakukan minimize pada semua program yang sedang terbuka sehingga yang nampak adalah desktop.
  3. Windows Key+E : Membuka Window explorer.
  4. Windows Key+F : Membuka menu search
  5. Windows Key+R : Membuka menu run.
  6. Windows Key+L : Mengunci komputer ( Lock ).
  7. Windows Key+Pause/Break : Membuka Systems Properties (Klik kanan Mycomputer > Properties ).
  8. Windows Key+Tab : Memindahkan program yang sedang aktif pada taskbar.
  9. Windows Key+F1 : MEmbuka Windows Help and Support Center.
  10. Windows Key>U>U : untuk shut down tanpa gunakan cursor
Selamat mencuba

Thursday, March 10, 2011

Sambutan MaulidulRasul SMK Pasoh 2

Antara guru yang terlibat dengan sambutan
Sebahagian pelajar yang mengambil bahagian didalam perarakan maulid. Tahniah kepada pelajar yang memenangi pertandingan yang diadakan.

Saturday, September 4, 2010

Tambah Kelajuan internet dengan Mozilla 3.0

1. Taip “about:config” kedalam address bar dan tekan enter. kemudian taipkan salah satu address di bawah:

network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests

Kebiasaannya mozilla akan memperoses 1 saja dalam satu masa.
tetapi bila pipelining di aktifkan ianya akan berkerja lebih dari satu.Menjadikan ianya lebih pantas.

2. Setelah dapat seperti diatas tukarkan setting seperti dibawah:

Set “network.http.pipelining” to “true”
Set “network.http.proxy.pipelining” to “true”
Set “network.http.pipelining.maxrequests” tukar kepada 30. Ini bermakna ianya membuat 30 permintaan dalam suatu masa.

3. Akhir sekali right-click pada mana bahagian da pilih New-> Integer.

Namakan ianya “nglayout.initialpaint.delay” and set value to “0?.
Nilai tersebut ialah amaunt masa yang digunakan oleh mozilla untuk menunggu sebelum maklumat diterima

Jika anda menggunakan broadband connection anda lebih pantas dari sebelumnya

Thursday, February 18, 2010

Cameron Highland

heheh mencari bibit teh di ladang teh BOH
Isteriku bersama Mama




Ni adalah hanimoon kali yang ke 3 bagi kami. Kami ke tanah tinggi cameron ni dengan mama... seronok juga rasanya melancong ke kawasan ni.. dengan pemandangan yang indah.. suasana hutan yang damai sewaktu hendak sampai ke destinasi.. emmm sejuknya di sini.. macam pendingin hawa yang besar kat cameron ni.. hotel-hotel murah pun tidak memasang pendingin hawa sebabnya kat luar pun dah macam pasang pendingin hawa :)